Wednesday 10 June 2015

Program TV Terbaru Oh My Budget

Program TV Terbaru Oh My Budget | Astro kali ini akan membawa satu lagi program terbaru yang bertajuk Oh My Budget untuk penonton semua. Oh My Budget adalah sebuah rancangan tips panduan kewangan yang disajikan secara komedi oleh Shiro.

Program TV Terbaru Oh My Budget

Pelbagai gelagat dan telatah komedi tak kering gusi dari Shiro dipaparkan sambil penonton mempelajari tips panduan kewangan yang mudah. Formula yang jelas dan tips mudah dikongsi oleh Shiro dalam melalui kehidupan seharian mereka dan menerapkan budaya menyimpan dan berbelanja secara terancang adalah satu perkara yang bagus. Antara tips yang dikongsi adalah tips menyimpan, tips membeli kereta pertama, tips membeli rumah pertama, tips pelaburan sehingga tips untuk persaraan dan lain-lain.

Sebenarnya, dalam kegawatan ekonomi diri sendiri sekarang ni, rancangan macam ni memang bagus pun. Mesti banyak perkara yang kita boleh belajar daripada program ni. Pendekatan lawak dia pun sesuai untuk orang Malaysia yang tak suka serius-serius ni. Kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal Program TV Oh My Budget macam bila dia akan bermula, hari apa, pukul berapa, korang boleh tengok dekat website di bawah:


  
Aku rasa aku pun perlu tengok program macam ni. :)

 

No comments: